Tuesday, November 11, 2014

Mengenang Pidato Inspiratif Sultan Brunei Darussalam






“Kita sudah mendirikan bank Islam untuk menghindari riba. Kita menagih zakat untuk mereka yang berhak. Kita sudah mengharamkan rokok dan merokok karena ia berisiko pada kesehatan dan juga nyawa. Kita sudah mewajibkan pendidikan agama. Sebagai pemenuhan tuntutan fardhu ‘ain. Kita juga sudah mendirikan institut tahfizh Al Quran untuk melepaskan kewajiban fardhu kifayah. Kita sudah menutup sementara pusat-pusat perniagaan pada hari Jumat sebagai langkah image Islam dan umat. Dan paling muthakhir, kita sudah menunaikan azam kita dengan bertawakal mendaulatkan qanun jinayah syariah (undang-undang hukum kriminal) di negara bertuah ini sebagai langkah kita melepaskan diri dari dituntut oleh Allah di hari akhirat kelak. Semoga langkah yang diambil ini akan diterima oleh Allah sebagai amal bakti kepada kita dan akan dibalas dengan ganjaran rahmat…”

Itulah di antara sebagian pidato Sultan Hasanal Bolkiah, sultan kerajaan Brunei Darussalam yang menyatakan diri akan menerapkan syariat Islam secara bertahap pada 1 Mei 2014 lalu. Pidato inspiratifnya itu semoga menjadi penguat semangat kita menerapkan syariat Islam di Nusantara.

Berikut pidato Sultan Hasanal Bolkiah:

“Pada 22 Oktober 2013 yang lalu kita telah mengumumkan perwartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013, maka pada hari ini setelah berlangsung 6 bulan Beta dengan bertawakal kepada Allah SWT serta bersyukur mengistiharkan bahawa esok hari Khamis 1 Rejab 1435 H bersamaan 1hb Mei 2014 M adalah tarikh mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 fasa pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya. 
Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkan sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan enam bulan selepas akta digazetkan dimana sehingga ke hari ini pun ia masih lagi di dalam lingkungan 6 bulan tersebut.
Alhamdulilah dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugamanya. 
Ini pasti berlaku sebagaimana firmannya dalam surah Muhammad ayat 7 tafsirnya: Wahai orang orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama allah, nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menatapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran. 
Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua di hadapannya dalam perkara perundangan sudah pun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing terutama agensi-agensi yang berkaitan hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungajawap, amanah dan berhemah.
Ingatlah fokus kita hanyalah kepada Allah jua untuk mencari redha nya semata mata bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak. “Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka.” 
Adapun andaian-andaian berupa berbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang dengan teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori tetapi hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang Allah kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri telah menegakkan undang- undangnya, itu adil. Maka dimanakah harga teori itu di sini berhadapan dengan wahyu Allah. 
Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan perintah Kanun Hukuman Jenayah Sariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis.
Kita amatlah berbangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berberlah bahagi termasuk di kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidangnya yang berlangsung baru-baru ini.”
“Hari ini, dengan nama Allah dan bersyukur kepada-Nya, saya mengumumkan bahwa besok, Kamis 1 Mei 2014, akan diberlakukan hukum syariah tahap satu, dan akan diterapkan secara bertahap,” pungkasnya.


Brunei Darussalam, dgn diterapkannya hukum Islam ini, semoga negrimu benar2 menjadi Dar Al Salam  دار السلام  (Negara Keselamatan) sesuai namamu, seperti yg Allah janjikan di Al Quran surat Al Maidah ayat 49-50 (5/49-50):
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang Telah diturunkan Allah), Maka Ketahuilah bahwa Sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. dan Sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik." (49)
"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin ? " (50)

dan semoga Indonesia bisa segera menyusul. Aamiin :)